“Tahun Ini Genap Tujuh Tahun Kakak Menghilangkan Diri.”

Trending

“Tahun Ini Genap Tujuh Tahun Kakak Menghilangkan Diri.”

Salam. Hai nama aku Laila. Aku ada empat orang adik-beradik. Tahun ini genap tujuh tahun kakak menghilangkan diri.

kakakCerita bermula bergini. Kami keluarga susah. Ayah dan Abang Ngah selalu berhenti kerja. Kami jadi makin susah bila Abang Long meninggal. Dua tahun selepas itu kakak dapat sambung belajar. Kakak seorang yang sangat tabah bagi aku. Kakak kerja macam-macam untuk sara hidup dia sebab dia tak nak bebankan ibu.

Advertisement


Sebelum kakak habis belajar, keluarga aku kembali stabil. Dapat pakai kereta baru. Tetapi tak lama. Dua bulan sebelum kakak habis belajar, ayah berhenti kerja lagi. Bila kakak habis belajar, kakak tekad cari kerja di seberang walaupun ramai pensyarah dia yang cari untuk beri geran sarjana. Kakak tolak. Aku pernah nampak kakak sugul dalam bilik seorang diri.

Syukur Alhamdulillah tak lama selepas itu kakak dapat kerja dan dapat tanggung kami sekeluarga. Kami beli rumah baru dan berpindah. Sejak itu kakaklah yang tanggung segala perbelanjaan. Dari bayar kereta, rumah, belanja sekolah, senang cerita gaji ayah simpan untuk ayah dan ibu sahaja. Kakak tanggung abang juga bila dia berhenti kerja dan tiada duit. Kakak kata siapa lagi nak jaga keluarga kita kalau bukan kita sendiri. Hidup kami happy.

Satu hari aku balik sekolah, aku tengok semua bermasam muka. Entah kenapa. Rupanya bila kakak balik kerja malam itu, Abang Ngah marah-marah. Dia tuduh kakak selalu balik lambat sebab pergi buat maksiat. Katanya kawan-kawan dia semua nampak. Ibu dan ayah diam seribu bahasa.

Malam itu kakak dipukul teruk. Kakak cuba bela diri. Kakak cakap dia kerja di Singapura naik kenderaan awam. Jammed, penat lagi. Mana ada masa nak lepak-lepak semua. Dan aku akui memang kakak betul. Sebab kakak yang aku kenal akan keluar jumpa kawan masa hari cuti sahaja. Kakak kata penat. Pagi pukul 6.00 dah keluar. malam pukul 8.00 lebih baru sampai rumah. Memang setiap hari begitulah rutin kakak.

Tapi makin kakak bertahan makin teruk kakak dipukul. Disepak. Ditumbuk. Dan tiada seorang pun yang pertahankan kakak. Esoknya aku bangun sembahyang aku tengok muka kakak bengkak-bengkak. Tangan kakak berbalut sebelah. Kakak tengah bersiap. Kakak kata;

Tak apa hari ini kakak pergi. Satu hari nanti kebenaran akan datang juga.

Kakak tinggalkan rumah yang dibeli atas nama sendiri. Kakak bawa kereta ke mana pun aku tak tahu. Kebetulan kakak baru gaji. Dia tinggalkan jumlah secukupnya untuk kami. Seminggu selepas itu ada orang datang rumah hantar kereta. Katanya kakak yang suruh.

Betul kata kakak, tak lama selepas itu abang mengaku yang dia marah sebab kereta, rumah, semua atas nama kakak. Dan dia sengaja buat cerita untuk buang kakak dari keluarga. Aku tengok ibu ayah betul-betul menyesal dan cuba cari kakak. Tapi kami jumpa jalan buntu. Setiap bulan kakak akan masukkan duit dalam akaun bank ibu. Kalau raya, banyak juga kakak masukkan. Memang kami hidup mewah semua hasil titik peluh kakak yang kami tak tahu berada di mana.

Bila aku masuk IPTA, aku dapat sebiji Hilux. Terkejut bukan main. orang yang hantar itu kata kakak yang belikan, pesan kakak belajar rajin-rajin. Sekarang dah nak masuk tahun 3, kakak masih tak dapat kami hubungi. Apa yang aku tahu kakak sekarang berada di Jerman. Itu pun sebab kakak ada hantar barang masa aku di hostel.

Aku cuma berharap kakak balik semula. Aku dari belum habis sekolah sampai nak habis belajar, kakak masih menyepi. Aku hormat kakak sebab dia tak pernah abaikan tanggungjawab terhadap keluarga kami. Tak pernah orang datang minta hutang. Tak pernah kami kurang makan pakai. Siap boleh hantar ibu ayah ke Mekah. Tapi semua duit kakak bank-in dan semua urusan melalui orang. Apa yang kami tahu semua dah tersedia depan mata.

Tabahnya kakak hidup sebatang kara. Khilafnya kami kerana tak nampak pengorbanan seorang kakak. Aku harap pengakuan ni diviralkan sampailah kakak dapat baca. Kami semua rindu kakak. abang pun dah ada anak-anak. Tanpa kakak di sisi aku rasa kosong. sebab kakaklah yang paling banyak mengajar aku erti kehidupan dan menyulam sabar di saat kami susah dahulu.

-Adik seorang kakak-

Sumber: IIUMCamazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...