“Tahun Ini Banyak Buka Mata Saya…” – Kaka Azraff Enggan Diselubungi Kisah Sedih, Berjinak-Jinak Tulis Lirik Lagu

Hiburan

“Tahun Ini Banyak Buka Mata Saya…” – Kaka Azraff Enggan Diselubungi Kisah Sedih, Berjinak-Jinak Tulis Lirik Lagu

Penyanyi, Kaka Azraff memaklumkan dia mahu mencabar dirinya dengan cuba untuk menulis lirik lagu dan mengekspresikan perasaannya melalui muzik.

Kaka berkata dia kini merancang untuk tampil dengan album baharu pada tahun 2025 dan akan lebih mencurahkan perasaannya menerusi lagu-lagu yang dihasilkan.

Advertisement

kaka azraff

Untuk album kali ini akan ada lima lagu baharu dan saya akan bekerjasama dengan beberapa komposer seperti Sona One dan beberapa lagi yang masih belum confirm.

 

Kerana saya nak lebih dekat dengan lagu itu dan kebanyakan lagu itu akan lebih kepada penceritaan diri saya.

 

Setakat ini ada tiga lagu yang Kaka tulis sendiri tapi bukan sepenuhnya sebab saya masih baru, jadi ada bantuan daripada yang lain. Kaka masih perlukan tunjuk ajar daripada yang arif.

Menurut Astro Gempak, penyanyi itu enggan dibayangi kisah kontroversi rumah tangga dan dia tidak mahu terus bersedih.

kaka azraff

Ujarnya lagi, dia mahu memastikan dirinya sentiasa sibuk dengan urusan kerja.

Saya rasa hidup ni kita kena bersyukur sahaja kerana saya perlu hidup positif untuk majukan diri sendiri.

 

Jadi apa yang saya fikir sekarang ini adalah anak-anak dan nak belajar untuk menulis lirik lagu dengan lebih banyak lagi. Hidup ni kalau kita sentiasa positif mesti yang baik-baik sahaja.

Kaka turut menyifatkan tahun 2024 ini sebagai tahun yang membuka matanya untuk lebih mengenali diri sendiri.

Tahun ni banyak buka mata saya supaya muhasabah diri. Saya melihat apa yang berlaku itu dengan lebih meluas terutamanya dari segi diri sendiri, kerjaya, keluarga dan kehidupan.

Kaka azraff bercerai
2 months ago

6 Tahun Nikah, Kaka Azraff Dan Suami Bercerai Talak Satu Hari Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...