“Tahun Depan Dah Kahwin 10 Tahun, Orang Tak Tahu Betapa Sukar Dapatkan Zuriat..” – Elizad Tak Dapat Tahan Sebak

Hiburan

“Tahun Depan Dah Kahwin 10 Tahun, Orang Tak Tahu Betapa Sukar Dapatkan Zuriat..” – Elizad Tak Dapat Tahan Sebak

Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan zuriat setelah lebih sembilan tahun mendirikan rumah tangga bersama suami.

Dalam pada sedang menangis, Elizad, 39, berkata tidak semua orang boleh memahami atau mengetahui kepayahan yang dilaluinya sepanjang ikhtiar untuk mendapatkan zuriat sendiri.

Advertisement

Orang tidak tahu betapa sukar dan mencabar (dapatkan zuriat). Kita pergi berubat untuk ikhtiar tapi mungkin belum ada rezeki.

Dalam pada sedang menahan rasa sebak berlarutan, pelakon terbabit turut sempat meluahkan rasa syukur kerana keluarga mentua sama sekali tidak memberi tekanan terhadapnya berkaitan tentang zuriat.

Sebelum ini, difahamkan Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pertama pada Februari 2020 sebelum disahkan keguguran pada November tahun yang sama.

Pada Mac tahun lalu, dia memaklumkan akan menjalani rawatan IVF sekali lagi atas usaha untuk mendapat cahaya mata bersama suami.

elizad
1 year ago

"Semoga Dipermudahkan Kurnia Cahaya Mata" - Foto Jalani Rawatan Islam Tular, Ramai Doa Siti Elizad Tak Putus Asa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...