Tahun Baru Cina Dah Tamat Tapi Kenapa Malam Tadi Meriah Dengan Bunga Api? Ini Jawapannya

Trending

Tahun Baru Cina Dah Tamat Tapi Kenapa Malam Tadi Meriah Dengan Bunga Api? Ini Jawapannya

Mesti ramai juga yang terpinga-pinga semalam kenapa ada persembahan bunga api yang begitu meriah.

Advertisement

Sekitar 11 hingga 12 tengah malam, dentuman bunga api semakin rancak dan meriah, seakan-akan tidak berhenti berterusan selama 10-20 minit. Katanya ada juga yang sampai terjaga dari tidur gara-gara bunyi bunga api yang kuat.

Tahun Baru Cina sudah pun berakhir minggu lalu, jadi ini perayaan apa pula?


Memanglah dalam kalendar tahunan, cuti umum Tahun Baru Cina cuma dua hari sahaja tetapi sebenarnya perayaan ini diraikan selama 15 hari.

Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.

Pada hari ke 9 Tahun Baru Cina pula, ia menandakan tarikh kelahiran Maharaja Jade dan merupakan Tahun Baru Hokkien yang disambut oleh komuniti Hokkien.

Perayaan tersebut dikenali sebagai Bai Tian Gong di mana penganutnya akan menyediakan makanan, buah-buahan dan colok untuk sembahyang. Tebu juga digunakan sebagai salah satu simbol penting untuk diletakkan di kediaman masing-masing.

Harapnya semua sudah faham kenapa semalam dan hari ini juga akan meriah dengan bunga api dan mercun. Sekali-sekala kita belajar pula tentang tradisi orang lain.

Sumber Berita : Twitter & Oh My Channel

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...