Meskipun sering tampil dengan imej ceria ataupun “happy go lucky”, tahun lepas pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida menghadapi pelbagai cabaran disebalik setiap kemewahan yang orang luar nampak terutama sekali dalam bidang perniagaan dan juga kehidupan peribadi beliau selepas sah bercerai talak satu dengan suaminya, Fairuz Ahmad.
Namun, untuk azam tahun baru, beliau tekad untuk melupakan segala kenangan pahit dan menjadi seorang wanita yang tabah dan mahu fokus mengumpul saham akhirat.
Kegagalan rumah tangga, hal melibatkan bisnes dan hal lain tahun lalu memang cukup pahit Jadi pada tahun ini saya mahu buang perkara lama yang pernah terpalit pada diri. Memang tak cukup kuat untuk hadapinya. Sebab itulah saya mahu sokongan semua dan mahu mengumpul saham akhirat.
Tambah Vida, beliau bakal mendirikan sebuah madrasah yang dikenali sebagai Maahad Tahfiz Raudatul Jannah di Tanah Merah, Kelatan seluas 3 ekar tidak lama lagi. Maahad yang berunsur moden dan canggih itu bukan sahaja fokus kepada hafalan Al-Quran sahaja tetapi akademik juga.