Tahukah anda, Pemain Uno Yang Diarah Ambil 6 Kad Sebab Kad +4 Dan Kad +2 Pasti Menyesal Bila Tahu

Trending

Tahukah anda, Pemain Uno Yang Diarah Ambil 6 Kad Sebab Kad +4 Dan Kad +2 Pasti Menyesal Bila Tahu

Siapa di sini masa kecil sehingga sekarang pengemar permainan Uno? Permainan Uno adalah permainan kad yang dimain bersama dengan kawan-kawan sampai bergaduhlah sebab ada yang berjaya menamatkan permainan ini lebih awal dari kita.

Semasa bermain, pasti riuh rendah dan seronok sebab semua akan berkumpul di satu tempat sahaja dalam bulatan yang besar.

Advertisement

Ramai orang di seluruh dunia bermain Uno, dan kebanyakannya tidak bermain dengan cara yang sama. Ada sahaja cara untuk mengubah peraturan membuat peraturan tambahan untuk menjadikan permainan lebih menarik.

Biasanya orang ramai mula dengan peraturan asas kemudian menambah beberapa peraturan tambahan untuk permainan Uno.

Kita semua tahu peraturan unik Uno. Di mana untuk memulakan permainan, tujuh kad akan dibahagikan kepada setiap pemain, biasanya antara 2 hingga 10  pemain. Pemain dari kiri akan memulakan dahulu.

Selama ini semasa anda bermain permainan Uno, anda akan meletakkan kad kuasa +4 untuk menambah lagi bilangan jumlah kad orang tersebut agar pemain tersebut terpaksa mengambil 4 kad tambahan.

Tahukah anda, menambah kad kuasa +2 untuk orang seterusnya mengambil 6 kad sebenarnya salah. Jadi kepada anda yang kena ambil sampai 6 kad lepas ini jangan tambah kad lagi.

Sekiranya seseorang meletakkan kad kuasa +4, anda mesti menarik 4 kad sahaja dan giliran anda dilangkau.

Anda tidak boleh meletakkan kad kuasa +2 untuk membuat orang seterusnya mengambil 6 kad. Kami tahu anda semua pasti kenakan kawan yang sedang bermain bersama kan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...