Tahukah Anda Malaysia Jual Rokok Haram Paling Tinggi

Trending

Tahukah Anda Malaysia Jual Rokok Haram Paling Tinggi

Rakyat di Malaysia tidak serik-serik dengan rokok seludup yang membahayakan kesihatan. Walaupun mereka sudah pun tahu bahawa rokok ini haram dijual masih juga dibeli.

Advertisement

Rokok seludup menjadi pilihan rakyat di Malaysia kerana harganya yang murah dan mudah di dapati di kedai-kedai runcit berdekatan dengan rumah.

Adakah anda semua tahu bahawa Malaysia merupakan negara dengan penjualan rokok haram paling tinggi di dunia.

Tahniah kepada anda yang  menyumbang. Menurut kajian Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia, sebnayak 58.9% rokok dijual di negara ini adalah haram

Pengarah Urusan JTI Malaysia Commac O’Rourke berkata, jualan rokok haram mencecah 12 bilion batang pada 2018, meningkat 3.3% berbanding tahun 2017.

Kajian Rokok Haram 2018 menunjukkan sejumlah 153,000 pek rokok dibuang ke jalanan dan tong sampah seluruh negara sepanjang tahun. Kajian dianalisis menerusi setem cukai tempatan dan pembungkusan tulen.

Kajian mendapati jualan rokok haram paling berleluasa di Sabah, Sarawak, Pahang, Kelantan dan Terengganu, dimana 80% pek rokok dari kawasan ini adalah rokok haram.

Dalam pada itu, JT International Bhd (JTI) mencadangkan penangguhan eksais cukai ke atas harga rokok oleh kerajaan untuk tiga tahun akan datang, sebagai langkah utama untuk menangani penjualan rokok haram.

Penjualan rokok haram perlu ditangani dengan segera memandangkan Malaysia akan kehilangan sehingga RM5 bilion dalam pendapatan cukai yang tidak dikutip setahun.

Nak tahulah jugak mengapa anda semua suka memilih rokok seludup ini ya?

Sumber: VITDAILY

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...