Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video memaparkan insiden kecoh apabila seorang lelaki didakwa bertindak ganas memukul dan mengheret isterinya di sebuah lokasi tepi jalan.
Kejadian yang berlaku pada Isnin lalu itu dipercayai bermula apabila si isteri datang ke gerai tersebut untuk mendapatkan penjelasan tentang hubungan suaminya dengan seorang wanita lain.
Namun, lelaki terbabit gagal mengawal kemarahan sebelum bertindak kasar, termasuk menarik kolar baju isterinya dan cuba mengheret mangsa sambil memarahi orang sekeliling.
Kau siapa? Kau nak tolong? Kau buat apa ni.
Dalam video sama, kedengaran pertengkaran antara perakam video dipercayai anak saudara mangsa —dengan wanita yang didakwa wanita simpanan, iaitu individu berbaju jersi hitam.
Wanita itu dilihat cuba mempertahankan diri selepas ditanya mengenai panggilan mesra yang digunakan untuk lelaki berstatus suami orang itu.
Memang aku panggil dia ‘B’. Tahu tak ‘B’ tu apa? Brother lah!Dia bukan suami saya, saya bukan isteri dia. Kalau betul aku tak bersalah, aku boleh saman korang.
Penjelasan tersebut mengundang lebih banyak kecaman daripada warganet yang rata-rata menganggap alasan itu tidak munasabah, selain mengecam tindakan dayus lelaki berkenaan.
Keadaan turut bertambah tegang apabila seorang pemuda yang cuba meleraikan pergaduhan turut diserang oleh lelaki tersebut, sekali lagi menimbulkan kemarahan orang ramai.
Insiden ini terus menjadi perhatian di media sosial dengan warganet mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang terlibat.
Selain itu, kami kongsikana rtikel trending yang lain pada pautan di bawah.

