Baru-baru ini, sewaktu ditemubual oleh pihak Gempak, pelakon jelita Hannah Delisha memberitahu dirinya sedar bahawa memegang lelaki bukan mahram sewaktu berlakon adalah salah sama sekali, lagi-lagi imej sudah berhijab ketika ini.
Menurut Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, dia tidak dapat elak daripada melakukan hal tersebut memandangkan ia sebahagian tanggungjawab sebagai pelakon.
Agak susah kalau tak pegang. Mesti akan terpegang dan terlepas. Saya tahu salah tetapi inilah kerja saya.
View this post on Instagram
Pelakon wanita tersebut menjelaskan hal tersebut bagi mengulas wataknya dalam drama terbaru Andai Itu Takdirku, di mana banyak babak bersentuhan dan bergaduh bersama pelakon lelaki gandingan, Shukri Yahaya.
Dalam pada itu, Hannah turut berkongsikan babak ‘berat’ yang perlu dilakukan seperti adegan dalam hujan dan babak dipukul.
Sekadar info, barisan pelakon drama Andai Itu Takdirku turut dibintangi oleh Shukri Yahaya, Puteri Sarah, Idzham Ismail, Dayang Areeda dan ramai lagi.