Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang diraikan dalam suasana pandemik COVID-19, ramai yang meraikan dengan cara tersendiri tambahan pula dengan teknologi canggih yang kini hanya berada di hujung jari.
Rakan-rakan artis wanita tanah air tampaknya tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan ucapan hari raya dengan menampilkan kompilasi video mereka manis menyarung telekung.
Antara barisan artis wanita yang terlibat dalam video tersebut adalah Bella Astillah, Fatin Afeefa, Nora Danish, Ruhainies, Betty Rahmat, Mawar Rashid, Amyra Rosli dan ramai lagi.
Salam Aidiladha dari kami? pic.twitter.com/WesEaFR5Bi
— Bella Astillah (@BellaAstillah) July 31, 2020
Namun, yang menarik perhatian netizen selain daripada keterujaan melihat artis wanita yang memang sedia cantik itu adalah kesilapan beberapa artis wanita yang memakai bulu mata palsu (eyelash extension) ketika ingin menunaikan solat.
Warga net tampil mempersoalkan adakah artis berkenaan tidak tahu bahawa solat seseorang itu tidak sah jika memakai bulu mata palsu? Tambah mereka lagi, bulu mata yang dipasang itu tidak boleh ditanggalkan kerana ianya disambung secara kekal ke bulu mata asal.
Meskipun ramai yang mempersoalkan hukum agama tersebut, namun netizen tetap memuji kecantikan selebriti yang tetap kelihatan manis walaupun tidak mengenakan sebarang alat solek di muka.