“Tahu Ke Perangai Saya Macam Mana..” – Cara Balas Mesej ‘Interview’ Endah Tak Endah, Gadis Viral Di Media Sosial

Kehidupan

“Tahu Ke Perangai Saya Macam Mana..” – Cara Balas Mesej ‘Interview’ Endah Tak Endah, Gadis Viral Di Media Sosial

Baru-baru ini telah tular mengenai cara seorang gadis yang menjawab pesanan dengan sangat ringkas ketika ditemuduga melalui aplikasi WhatsApp. Tangkapan skrin yang tular di aplikasi X itu telah berjaya meraih perhatian netizen.

Recruiter tidak puas hati

Berdasarkan tangkapan skrin yang viral itu, dilihat recruiter yang sedang menemuduga seorang gadis yang bakal bekerja di syarikat itu. Setelah gadis berkenaan memberi resume, recuiter itu meminta gadis tersebut memperkenalkan dirinya.

Advertisement

Apabila jawapan individu ini terlalu yang ringkas dan seperti tidak serius, recruiter berkenaan bertindak untuk menegur sikapnya yang tidak profesional ketika meminta kerja.

Maaf ya, saya nak tegur sikit. Awak ni minta kerja. If syarikat minta perkenalkan diri, better buat huraian panjang sedikit. Kalau tak pandai, awak boleh Google macam mana nak buat introduction kepada interviewer.

 

Awak reply macam ni pihak syarikat dah boleh agak sikap awak macam mana. Maaf ya kalau teguran saya ni buat awak terasa atau sakit hati.

twtSumber : X  

Tiada memohon maaf

Namun begitu, gadis berkenaan kembali membalas mesej tersebut dengan cara yang kurang sopan dan tidak profesional tanpa memohon maaf.

Baru saya tahu, manusia boleh nampak sikap dari phone, by the way encik tahu ke perangai saya macam mana, mungkin encik nampak chat saya agak menyakitkan hati untuk encik..

Dalam hantaran yang sama, gadis itu turut berkata bahawa apa yang dilakukan itu tidak salah pada pandangannya memandangkan ia terpulang pada cara masing-masing ketika temuduga.

Pada masa yang sama, orang ramai juga mempunyai pandangan yang berbeza. Ada yang menganggap temuduga itu tidak profesional kerana menggunakan aplikasi WhatsApp. Tetapi, ada juga yang setuju bahawa cara balasan mesej gadis itu salah dan tidak sopan.

luna maya
11 months ago

(VIDEO) Tular Selebriti Wanita Popular Marah Pekerja Dalam 'Meeting' - "Sebagai Ketua, Saya Mahukan Yang Terbaik"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...