October 25th, 2010

gambar pertunangan ayu raudhah dan zakuan

Akhirnya salah seorang gadis rebutan ramai, Ayu Raudhah sudah sah bertunang dengan jejaka kacak, Zakuan Adha yang merupakan pemain bola sepak Malaysia. 17 Oktober baru-baru ini,  keluarga Zakuan telah datang rumah Ayu Raudhah untuk tujuan menyunting bunga di taman. Terus pada hari tersebut, majlis pertunangan antara Zakuan Adha dan Ayu Raudhah telah berlangsung. Tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua.

Mengikut perancangan, Zakuan Adha dan Ayu Raudhah bakal bernikah di Kedah pada 20 Januari 2011. Maknanya mereka berdua hanya akan bertunang lebih kurang 4 bulan sahaja. Satu langkah yang bagus. Bak kata orang tua-tua, “tak elok sangat tunang lama-lama”. Tak sabar pulak kami nak melihat keayuan Ayu Raudhah di majlis pernikahannya nanti.

Apa pun tahniah kami ucapkan kepada Zakuan dah Ayu Raudhah. Akhirnya tamat sudah segala cerita bila Ayu akan dipinang oleh Zakuan. Sekarang cuma tunggu masa untuk sah bergelar suami isteri sahaja. Tahniah sekali lagi daripada kami kepada anda berdua.


Comments are closed.

Loading...