December 11th, 2010

shuib sepah tunang siti sarah

Semalam di Golden Palm Tree Resort, Sepang bersempena dengan program Amazing Race Bujang Sepah, salah seorang anggota kumpulan Sepah iaitu Shuib telah mengakui yang dia sudah bertunang dengan Siti Sarah. Tahniah kami ucapkan. Kami turut berada di sana semasa pengakuan ini berlaku. Nampak Shuib masih malu-malu kucing untuk mengakui statusnya. Katanya pihak keluarga Siti Sarah mintak dirahsiakan bab pertunangan ini kerana takut jodoh tak sampai.

Apa pun selepas bertunang pada 16 November, majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung pada bulan Januari 2011. Tapi tak tahu lagi bila sepah Shuib pun tengah sibuk dengan shooting semua. Apa pun kami doakan agar semuanya berjalan dengan lancar. Kata orang time bertunang nie darah tengah manis. So kena jangan ikut emosi sangat. Tak gitu? Sekali lagi tahniah kami ucapkan atas pertunangan ini.

Nantikan cerita kami tentang drama bersiri terbaru Sepah yang bakal menggegarkan Astro Prima tak lama kami. Untuk pengetahuan, kami suka gile dengan lawak kumpulan Sepah ini walaupun lawak diorang agak kasar. Kena dengan jiwa kami.


Comments are closed.

Loading...