Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH)Selamat Lahirkan Anak Lelaki Dan Perempuan, Sheikh Muszaphar Dan Isteri Teruja Timang Kembar Kali Kedua

Mengakui memiliki impian untuk mempunyai anak yang ramai, angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor,48, berasa teruja kerana isterinya yang tersayang iaitu Datin Dr. Halina Mohd Yunos,39, telah selamat melahirkan sepasang kembar buat kali kedua, semalam.

Difahamkan, Dr Halina telah selamat melahirkan bayi lelaki jam 9.47 pagi diikuti bayi perempuan jam 9.48 pagi tadi secara pembedahan di sebuah pusat perubatan Sunway.

Mengumumkan berita gembira itu di ruangan Instagram miliknya, beliau memuat naik foto saat-saat isterinya itu dibawa ke bilik pembedahan bagi proses melahirkan bayi kembar berkenaan.

Advertisement

Manakala di entri terbaru Dr. Sheikh, terpapar foto memperlihatkan dirinya sedang memangku kedua anaknya itu untuk tatapan pengikut serta peminat di media sosial.

Dalam pada itu, ketika dihubungi media, figura terkenal itu turut memberitahu bahawa beliau kini sudah mula merancang untuk mendapatkan anak ketujuh sebaik sahaja anak kembarnya itu dilahirkan.

“Saya seorang yang sukakan kanak-kanak dan pada masa sama, saya mahukan anak yang ramai kerana mahu membimbing mereka yang dilihat seperti versi saya yang kecil. Selain itu, ada kelebihan memiliki anak yang ramai walaupun sukar untuk menjada mereka sekarang (semasa kecil). Bila mereka sudah besar nanti, anak-anak boleh menghilangkan kesunyian apabila kami sudah tua. Disebabkan itu, kini saya sudah bercadang untuk mendapatkan anak ketujuh. Bagi tujuan itu, saya perlu meyakinkan isteri terlebih dahulu,”

Tambah Dr. Sheikh lagi, empat lagi anaknya sudah tidak sabar untuk menemui adik-adik mereka yang baru dilahirkan itu. Ujarnya lagi, keadaan Dr. Halina dalam keadaan baik serta sudah boleh makan dan berjalan. Dikhabarkan juga bahawa isterinya itu mungkin dibenarkan pulang pada hari Ahad nanti namun bergantung kepada luka pembedahannya.

Sekadar info, perkahwinan Dr Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina telah dimeriahkan dengan kehadiran empat orang anak iaitu Sophea Isabella,9, Sophea Natasha,7, dan juga kembar Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang kini berusia 3 tahun.

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top