Written by AbangNara | April 30th, 2011

gambar anak kedua rita rudaini

Pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, mendapat anak kedua selepas dia melahirkan bayi seberat 2.75 kilogram di Pusat Pakar Perubatan Prince Court dekat sini, Jumaat.

Bayi yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna itu lahir kira-kira pukul 2.75 petang.Menurut Rita, dia dan bayi itu berada dalam keadaan sihat dan bersyukur kerana semuanya selamat.

Syukurlah… Rita dapat melahirkan anak kedua ini tanpa sebarang masalah. Kami berdua juga sihat

Selain bayi tersebut, Rita yang juga isteri kepada pemain bola sepak Kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak,24, itu turut mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia dua tahun.

Kata Rita, nama Arjuna untuk anak keduanya itu dipilih kerana menganggap bayi berkenaan sebagai wira yang menjadi kekuatan ketika dia berhadapan dengan konflik rumah tangga sewaktu mengandungkannya.

Kali terakhir orang ramai melihat keadaan Rita yang sarat mengandung ketika dia muncul sebagai penyampai trofi untuk Anugerah Bintang Popular (ABP) pada 3 April lalu di Genting Highlands, Pahang.

Sumber berita Mstar.

Update: Di bawah ialah gambar anak kedua Rita Rudaini. Arjuna.

gambar anak rita rudaini

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.