January 14th, 2011

gambar kawin rebecca nur islam

Akhirnya Rebecca Nur Islam (25 tahun) telah selamat menjadi isteri kepada Nor Azam Sulaiman (43 tahun) malam tadi. Majlis pernikahan yang berlangsung di Ukay Perdana kira-kira jam 9.40 malam hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. Pasangan pengantin tiba pada pukul 9 malam bersama 13 dulang hantaran bagi pihak lelaki dan 15 dulang dibalas oleh pihak perempuan.

Rebecca dan suami sempat bertunang setengah jam sebelum majlis pernikahan. Wang hantaran dirahsiakan. Pada 14 Februari nanti, pasangan ini akan berbulan madu di Paris dan London. Sabtu ini, Rebecca dan suami akan mengadakan majlis resepsi di Hotel Flamingo, Ampang.

Tahniah kami ucapkan kepada Rebecca Nur Islam. Semoga menjadi cahaya buat suami anda kelak. Selamat menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Sumber berita Mstar.

P.S: Dapatkan LG Optimus 7, Blackberry, Samsung Galaxy Tab dan pelbagai lagi gadjet dengan harga termurah bersama Celcom Great Sale. Boleh redeem guna token time nak beli.


Comments are closed.

Loading...