Alhamdulillah. Sejuk hati Abang Nara membaca berita gembira yang Raja Farah sudah bertudung sepenuhnya hari ini di Harian Metro. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Raja Farah dan suami. Semoga kehidupan anda berdua akan lebih bahagia selepas ini. Dan semoga perubahan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sedikit petikan kata-kata Raja Farah di Harian Metro hari ini:-
Sudah dua bulan saya memakai tudung dan ini telefilem pertama saya dengan imej baru. Ia adalah penghijrahan kekal saya sebagai isteri orang. Saya beralih arah memakai tudung atas kehendak sendiri dan sudah tiba masanya untuk saya berubah demi kebaikan. Syukur suami juga memberikan sokongan dengan hasrat saya untuk berubah penampilan. Apapun, saya memang sudah menyimpan hasrat hendak memakai tudung sejak belum berkahwin lagi. Malah, saya mulakan dengan berselendang dulu.
Untuk berita sepenuhnya, sila dapatkan Harian Metro hari ini. Ada gambar cantik Raja Farah bertudung sepenuhnya. Sementara itu, sila ucapkan tahniah kepada Raja Farah di Twitternya.