(TAHNIAH)Raja Azmi Kini Bertudung

Hiburan

(TAHNIAH)Raja Azmi Kini Bertudung

Alhamdulillah. Pernah mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi mengenai pemakaian tudung, kini Raja Azmi telah pun mengambil keputusan untuk menutup aurat sepenuhnya. Cantik sungguh apabila Raja Azmi memakai tudung. Sedap mata memandang. Terserlah wajah penuh keibuan, ketenangan dan kecantikan. Jutaan tahniah diucapkan kepada Raja Azmi atas penghijrahan ini.
raja azmi bertudung

Menarik juga cerita penghijrahan Raja Azmi ini. Bagus untuk dijadikan pengajaran untuk kita semua. Kata Raja Azmi menerusi Mstar Online:-

Advertisement

Semasa saya buat kenyataan itu, saya tiba-tiba terfikir apa yang saya cakap itu betul atau tidak? Dan saya juga membuat sembahyang tahajud tiga hari tiga malam dan akhirnya saya mendapat jawapan serta terbuka hati untuk berhijab.

Saya tidak terkesan dengan segala kritikan orang ramai terhadap kenyataan saya sebelum ini. Tetapi saya bersyukur kerana mendapat ‘teguran’ Allah yang akhirnya membuatkan saya mengambil keputusan bertudung.

Langkah menukar imej itu adalah sebahagian daripada keinginan saya untuk terus beribadah dan juga mahu mengenali Islam dengan lebih mendalamhttp://beautifulnara.com/wp-admin/post-new.php.

Insya-Allah, niat saya untuk berhijab sehingga memakai kain kapan. Pakailah hijab kerana bila kita berhijab, kita akan dapat lebih banyak pahala

raja azmi bertudung

Suami dan anak-anak Raja Azmi ternyata gembira dengan perubahan ini. Abang Nara yakin para peminat Raja Azmi juga turut bergembira. Semoga Raja Azmi terus istiqamah menutup aurat. Tahniah diucapkan.

P.S: Proton dan Geely sedang meneroka usaha kerjasama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...