(TAHNIAH)Nurul Wahab Hamil Anak Kedua

Hiburan

(TAHNIAH)Nurul Wahab Hamil Anak Kedua

Wow. Pantas. Murah sungguh rezeki Nurul Wahab yang telah pun disahkan hamil anak kedua bersama suaminya Eric Depp. Rasanya baru tahun lepas Nurul melahirkan anak sulung hasil perkongsian hidup dengan Eric. Inilah dinamakan rezeki jangan ditolak. Lagipun umur Nurul sudah mencecah 37 tahun. Kenalah cepat-cepat beranak sebab makin berusia makin tinggi risiko.

nurul wahab hamil anak kedua

Advertisement

Kini kandungan Nurul Wahab sudah pun mencecah 3 bulan. Kehamilannya kali ini dirahsiakan buat 3 bulan pertama seperti yang biasa dilakukan oleh orang lain. Kata Nurul:-

Walaupun anak kedua, saya mengikut pantang larang orang lama. Doktor juga berpesan, tunggu sampai tiga bulan baru umumkan berita kehamilan ini. Saya bimbang juga kalau heboh perkara ini (kehamilan) terlalu awal, diri sendiri yang malu jika berita itu tidak betul. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku pada peringkat awal kehamilan, jadi lebih baik saya rahsiakan terlebih dahulu.

Ini kehamilan ketiga saya dan kedua bersama Eric. Saya memang cukup gembira, begitu juga dengan Eric. Rasa tidak percaya diberikan rezeki secepat ini dan saya bersyukur sangat kerana saya memang sukakan keluarga yang besar. Kalau boleh, kami inginkan anak perempuan pula tetapi semuanya terpulang kepada ketentuan Allah. Pada masa yang sama, saya dapat merasai pengalaman arwah ibu yang pernah hamil setiap tahun.

anak nurul wahab

Semoga kehamilan kali ini turut dipermudahkan sehingga kelahiran kelak. Tahniah buat Nurul dan Eric atas berita gembira. Semoga dengan kehadiran ahli baru kelak akan memeriahkan dan mengeratkan lagi hubungan mereka. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Patung realistik wanita Jepun dapat sambutan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...