Menerusi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 hari ini, pengacara jelita Nurul Syuhada Nurul Ain telah menyampaikan berita gembira mengenai kelahiran anak kembarnya. Untuk informasi, Nurul telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Proses kelahiran dibuat secara normal untuk seorang bayi, manakala seorang lagi melalui pembedahan.
Nurul Syuhada Nurul Ain telah berkahwin dengan Raja Amir pada bulan Julai 2011. Menerusi panggilan telefon kepada MHI, Nurul Syuhada telah berkata:-
Wajah anak saya ni sukar untuk dipastikan mengikut wajah siapa. Bukan apa, dia masih bayi dan kadangkala susah nak memastikannya.
Tahniah diucapkan buat Nurul Syuhada dan Raja Amir atas kelahiran anak kembar mereka. Alhamdulillah murah rezeki terus dapat sepasang anak. Semoga sihat dan membesar menjadi anak yang soleh serta solehah. Sama-samalah kita doakan. Info Myartis.