Tahniah buat Nor Aliah Lee (38 tahun) yang telah pun menamatkan zaman jandanya semalam dengan Mohammad Zekri Ibrahim (41 tahun). Selepas 3 tahun bercerai dengan Aziz M. Osman, akhirnya pintu hati Vee (nama glamer) terbuka kembali untuk bergelar isteri.
Suami Vee adalah seorang businessman dan juga seorang pemain polo. Dengan jumlah wang hantaran RM10,110, majlis perkahwinan yang dilangsungkan di Masjid Al- Mukarammah Bandar Sri Damansara ini telah pun berjalan dengan lancar. Hanya kira-kira 70 tetamu sahaja yang hadir. Kenduri kecil-kecilan sahaja.
Tahniah buat Vee dan suami. Semoga perkahwinan kali ini berkekalan sehingga akhir hayat. Nanti kalau kami jumpa gambar perkahwinan Nor Aliah Lee kami akan uploadkan untuk tatapan anda.