Diam tak diam dah lebih kurang 5 bulan si Nabila Huda nie mengandung. Bulan Mei 2010 nanti, bakal keluarlah seorang anak perempuan buat Nabila dan suami. Gembira la Amy Search bakal menimang cucu. Mesti abang Amy kita yang excited tak ingat sekarang nie. Harap-harap segalanya berjalan lancar dan tak ada aral yang datang melintang.
Kami suka ngan Nabila nie sebab dia mengaku yang bakat nyanyian dia tak sehebat ayahnya, Amy Search. Jadi buat masa nie dia hanya tumpukan perhatian kat lakonan. Sebab rasanya Nabila sedar yang dia lagi hebat time berlakon. Jadi baik tumpukan kat benda yang betul-betul dia boleh buat kan? Tak macam sesetengah artis kita nie, berlakon pun nak, menyanyi pun nak, jadi model pun nak. Padahal suara pecah, berlakon kaku, catwalk pun tak reti. Harap muka jer cun.
Buat Nabila, kami nasihatkan berhati-hati semasa mengandung nie. Kami tahu yang anda nie gila kerja. Tapi kandungan tue kena jaga. Jangan lasak sangat. Rileks-rileks sikit. Dan nanti bila dah terberanak tue, janganlah susah sangat nak tunjuk anak sendiri kat media macam sesetengah artis tue. Sampai dah berjanggut menunggu tak tunjuk-tunjuk anak dia. Jual mahal betul.