January 8th, 2010

nabil irma hasmie

Wah wah wah. Bang Nabil kita dah tak sabar nak berkahwin rupanya. Almaklumlah si Irma Hasmie tue pun leh tahan jugak cunnya. Dengar khabarnya tahun 2010 nie Nabil plan untuk bertunang dulu. Bukan tunang setahun macam orang biasa buat, tunang cuma untuk 3 bulan jer pastue terus kawin. Memang terbaik ~~~

Duit pun dah banyak nak tunggu apa lagi. Lagipun semua orang dah tau Nabil asyik berkepit ngan Irma jer. Kata orang tua-tua, tak elok bawak anak dara orang berjalan jauh-jauh. Agaknya mungkin kerana kata orang tua-tua nielah Nabil rancang nak bertunang 3 bulan jer.

Dengar sikit apa Raja Lawak kita nie cakap:-

[note]Kami ada merancang untuk bertunang pada 2010 ini. Ia sebagai mengeratkan hubungan percintaan kami. Insya-Allah, kalau tidak ada aral melintang, kami akan mengumumkan tarikh pertunangan kami tidak lama lagi. Terus terang, kami mahu bertunang 3 bulan saja dan selepas itu kahwin.[/note]

Jangan pikir Nabil nie main taram je kawin tanpa apa-apa plan. Dia dah pikir nak buat 3 resepsi untuk perkahwinan dia. Satu kat kampung untuk orang-orang kampung dia. Yang kedua kat bandar untuk ahli famili dia. Dan yang ketiga kat taman (garden wedding) untuk rakan artis dan media.

Aik. Takkan resepsi untuk peminat takder kot Bil? Jangan gini bro. Peminat la yang undi bro sampai leh menang Raja Lawak hari tue. Kang populariti jatuh kang baru tau. Lu pikirlah sendiri ~~~

Sumber dari Murai.


Comments are closed.

Loading...