Alhamdulillah. Setelah sekian lama mencuba, akhirnya Nabil Ahmad dan isteri bakal menimang cahaya mata yang ketiga. Berita gembira ini telah diumumkan oleh Nabil menerusi akaun Instagramnya minggu lalu. Sebelum ini, Nabil mempunyai 2 orang cahaya mata perempuan. Sudah tentu untuk kali ini Nabil mengidamkan anak lelaki untuk melengkapkan lagi keluarganya.
Kata Nabil:-
Alhamdulillah, semalam doktor sahkan isteri saya hamil lima minggu. Saya dengan isteri memang rancang untuk tambah anak ketiga selepas anak kedua cukup tiga tahun. Anak ketiga ini saya harapkan seorang lelaki pula. Ialah sudah dua orang anak perempuan. Ada juga kenalan dan ustaz pergi Makkah mendoakan saya. Insya-Allah, doa-doakan supaya kami dapat anak lelaki ya. Namun jika rezeki masih anak perempuan juga, kami terima dengan hati terbuka dan cuba lagilah nanti!
Insya Allah sama-sama kita doakan agar cita-cita dan hasrat Nabil Ahmad sekeluarga tercapai. Sudah tentu kehadiran seorang lagi cahaya mata akan memeriahkan lagi keluarga penuh bahagia ini. Kita doakan yang terbaik.