(TAHNIAH)Misha Omar Kini Sah Isteri Kepada Firos Ezzwan

Hiburan

(TAHNIAH)Misha Omar Kini Sah Isteri Kepada Firos Ezzwan

Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan buat Misha Omar dan Firos Ezzwan yang telah pun sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah berlangsung pagi tadi sekitar jam 9.30 di Hotel Renaissance, Kota Bharu. Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah Omarmenerima mas kahwin berupa seutas gelang emas manakala tiada wang hantaran disediakan dari pihak pengantin lelaki.

gambar kahwin misha omar

Advertisement

Antara rakan selebriti yang hadir ialah Adibah Noor yang bertindak selaku pengacara manakala Dina Nadzir, Jaclyn Victor dan Fara Fauzana bertindak sebagai pengapit pengantin perempuan. Untuk makluman, majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan malam ini di hotel yang sama sementara 12 Mei adalah tarikh resepsi pengantin lelaki yang bakal diadakan di Hotel Concorde Kuala lumpur.

gambar kahwin misha omar

Tahniah sekali lagi buat Misha dan Firros. Semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga dikurniakan cahaya mata yang ramai untuk memeriahkan lagi perkahwinan anda. Tahniah!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...