March 24th, 2011

 datuk m nasir ramli ms

Tahun 2011 ini ingatkan AC Mizal artis pertama yang akan bergelar Datuk. Tup-tup M. Nasir dengan Ramli MS dulu mendapat gelaran ini daripada Sultan Pahang. Nampaknya daripada gelaran “Sifu M. Nasir” kini kita kenalah panggil “Datuk M. Nasir”. Abang Nara memang percaya M. Nasir dan Ramli MS layak selayaknya mendapat gelaran Datuk kerana sumbangan mereka yang sangat besar dalam industri muzik tanah air.

Apa pun ucapan tahniah kepada M. Nasir dan Ramli MS sekali lagi atas gelaran ini. Kalau korang ada info mengenai bila tarikh AC Mizal betul-betul akan dapat gelaran Datuk bolehlah bagitau kat Abang Nara. Tak sabar nak ucap tahniah kat dia. Gambar kredit Mstar.


Comments are closed.

Loading...