Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH)Jehan Miskin Kini Sah Suami Kepada Julie Camelia Rhee

Dengan 2 kali lafaz, Jehan Miskin kini telah pun sah bergelar suami kepada Julie Kamelia Rhee yang merupakan seorang gadis Korea. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung di Carcosa Seri Negara kira-kira jam 2.40 petang dan diserikan dengan kehadiran 100 tetamu.

jehan miskin
Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM12,000 tunai berserta tiga dulang hantaran berupa beg tangan jenama Braun Buffel, komputer riba Apple dan set mandian. Manakala Jehan menerima tiga dulang hantaran berupa beg bimbit jenama Braun Buffel, pen Cross dan Ipad Mini.
jehan miskinJutaan tahniah diucapkan kepada Jehan Miskin dan Julie Camelia Rhee atas perkahwinan ini. Semoga mereka akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Selamat menempuh alam perkahwinan buat mereka berdua.

Advertisement

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top