Dengan 2 kali lafaz, Jehan Miskin kini telah pun sah bergelar suami kepada Julie Kamelia Rhee yang merupakan seorang gadis Korea. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung di Carcosa Seri Negara kira-kira jam 2.40 petang dan diserikan dengan kehadiran 100 tetamu.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM12,000 tunai berserta tiga dulang hantaran berupa beg tangan jenama Braun Buffel, komputer riba Apple dan set mandian. Manakala Jehan menerima tiga dulang hantaran berupa beg bimbit jenama Braun Buffel, pen Cross dan Ipad Mini.
Jutaan tahniah diucapkan kepada Jehan Miskin dan Julie Camelia Rhee atas perkahwinan ini. Semoga mereka akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Selamat menempuh alam perkahwinan buat mereka berdua.