December 18th, 2014

Good job. Awesome. Tahniah. Power. Respek. Kagum Abang Nara dengan Izzue Islam yang telah meletakkan syarat untuk tidak bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita dalam drama atau filem lakonannya. Ini adalah satu keputusan yang amat bagus dan pastinya akan memberi impak positif kepada drama-drama tanah air. Syarat ini diletakkan oleh Izzue bukan sahaja untuk menjaga statusnya sebagai seorang suami tetapi untuk turut sama menghormati pelakon-pelakon wanita yang lain.

izzue islam

Untuk makluman, drama terbaru lakonan Izzue Islam iaitu Suami Sebelah Rumah yang menggandingkan dirinya dengan Ayda Jebat tidak mempunyai sebarang adegan bersentuhan sesama mereka. Kata Izzue Islam:-

Ya, saya ada meletakkan syarat agar tidak ada adegan bersentuhan antara saya dengan pelakon wanita dalam beberapa drama yang saya lakonkan kebelakangan ini. Saya rasa ia adalah untuk menjaga status saya sebagai lelaki sudah berkahwin dan untuk menjaga maruah pelakon wanita itu juga.

Saya rasa tidak semestinya kita perlu berpelukkan atau bersentuhan untuk menampakkan ia babak romantik. Banyak sahaja cara lain yang tidak memerlukan kita berbuat demikian tetapi masih boleh nampak ia sebagai romantik.

Keputusan itu atas diri saya sendiri dan bukannya sebab isteri saya cemburu atau tidak. Dia tidak mempengaruhi keputusan apa yang saya lakukan. Saya berbuat demikian kerana memikirkan ia adalah hal saya sebagai seorang lelaki yang menjadi suami orang.

izzue islam

Semoga langkah yang diambil oleh Izzue Islam ini akan diikuti dan dicontohi oleh para pelakon yang lain. Abang Nara suka dengan pendapat Izzue yang menyatakan babak romantik boleh ditunjukkan tanpa perlu berpelukan dan sebagainya. Memang tepat sekali. Pengarah kenalah fikir idea yang lebih kreatif sedikit. Tahniah diucapkan kepada Izzue atas syarat ini. Anda memang awesome!!! Sumber Mstar Online.

P.S: Promosi hujung tahun Mitsubishi Motors


Comments are closed.

Loading...