February 23rd, 2010

imuda kahwin

Fuhhh ~~ Tercabar Abang Nara dibuatnya dengan Imuda nie. Umur 50 tahun tapi kawin dengan anak dara umur 28 tahun. Beza 22 tahun tue. Ilmu apa yang Abang Imuda pakai untuk mengorat nie. Kena mintak tunjuk ajar nie. Mesti Imuda pikat si dia dengan menggunakan lawak dia yang hebat tue.

Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Imuda yang sudah selamat bernikah dengan Zabarina Haja Mushadi Ali. Dengan sekali lafaz ajer Imuda sudah selamat bergelar suami kepada  si dia yang tercinta. Memang penuh dengan pengalaman betul Abang Imuda kita nie dalam bab-bab bernikah.

Sekali lagi tahniah kepada Imuda dan pasangan yang telah selamat bergelar suami isteri 20 Februari yang lalu. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.


Comments are closed.

Loading...