September 11th, 2017

Jutaan tahniah diucapkan kepada pelakon Hafidz Roshdi dan isteri yang telah pun selamat menimang cahaya mata perempuan kira-kira jam 11.30 pagi pada hari Sabtu lepas. Bayi seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Klang. Untuk makluman, Hafidz Roshdi, 23 tahun telah pun berkahwin dengan Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April tahun lalu.

anak hafidz roshdi

Kata Hafidz:-

Alhamdulillah, kedua-dua ibu dan anak sihat. Saya sangat terharu dan tidak sangka sudah bergelar bapa pada usia masih muda. Saya terima anugerah ini sebagai rezeki dan tanggungjawab daripada Allah untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin

anak hafidz roshdi

Pastinya kehadiran cahaya mata ini akan memeriahkan lagi rumahtangga Hafidz Roshdi dan isteri. Semoga si comel ini akan membesar dengan sihat dan sejahtera. Tahniah sekali lagi buat pasangan suami isteri ini. Selamat berjaga malam diucapkan. Sumber Berita Harian.


Comments are closed.

Loading...