Alhamdulillah. Sejuk hati Abang Nara mendengar kata-kata Fazura yang berhasrat untuk kekal bertudung selepas tamat penggambaran drama Tahajjud Cinta. Sememangnya Fazura lebih cantik dan manis jika bertudung.
Apabila memakai jubah dan purdah semasa di Jordan untuk beberapa babak dalam Tahajjud Cinta, saya berasa sangat selesa walaupun pada hakikatnya cuaca di sana tidak seperti di Malaysia. Pada mulanya agak janggal juga mengenakan pakaian Muslimah itu, namun semua itu dapat diatasi dengan bantuan pengarah dan rakan lain dan tiada sebarang masalah sepanjang tempoh penggambaran. Mungkin itu hikmahnya, untuk saya bertudung selepas ini walaupun hanya ringkas saja. Insya-Allah
Tahniah juga kepada penerbit-penerbit dan pengarah-pengarah drama Melayu yang kini semakin ramai mewujudkan watak wanita bertudung. Tahniah.