(TAHNIAH)Farhan AF Kini Isteri Kepada Ahmad Rashadan

Hiburan

(TAHNIAH)Farhan AF Kini Isteri Kepada Ahmad Rashadan

Selepas 8 tahun bercinta, Farhan yang popular menerusi program realiti Akademi Fantasia 4 telah pun sah bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi pada hari Jumaat yang lalu. Majlis pernikahan telah berlangsung Masjid Al Hasanah, Hulu Langat kira-kira jam 10.15 pagi. Farhan dan Rashadan tampak berseri-seri dengan persalinan pernikahan serba putih.

farhan af kahwin

Advertisement

Mas kahwin berupa wang tunai RM300 namun jumlah wang hantaran dirahsiakan telah diberikan kepada pengantin perempuan. Pihak lelaki memberikan hantaran barangan seperti set penjagaan wajah, wangian, telekung, senaskah Al Quran, jam tangan selain sebentuk cincin dan mas kahwin. Pihak pengantin perempuan pula membalas sembilan dulang berupa sebentuk cincin, sirih junjung, kelengkapan solat, seutas jam tangan, bunga rampai, manisan, buah-buahan, sejadah dan coklat.

farhan af kahwin

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Farhan dan Rashadan. Semoga berbahagia ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang ramai. Selama menempuh alam rumah tangga. Tahniah!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...