February 10th, 2013

Kami telah menerima kiriman e-mel tentang Farah Asyikin, bekas peserta One In A Million (OIAM) yang khabarnya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang bernama Mohd Zahir yang berasal dari Cape Town, Afrika Selatan, Khamis lepas.

Khabarnya juga,suami Farah ini dikenali olehnya melalui Twitter kerana berkongsi maklumat tentang agama Islam.

Ini ialah perkahwinan kedua Farah, setelah berpisah dengan suami pertamanya yang merupakan seorang doktor beberapa tahun lalu. Nampaknya sudah jauh berubah Farah kini yang juga rajin melibatkan diri dalam program dakwah. Kami doakan perkahwinan beliau berkekalan hingga ke akhir hayat dan diberkati Allah SWT.


Comments are closed.

Loading...