February 10th, 2013

Masihkah anda ingat dengan Erul? Erul merupakan salah seorang produk daripada rancangan realiti Akademi Fantasia. Lama mendiamkan diri tanpa khabar berita, rupa-rupanya Erul menyertai pertandingan Kpop Star Hunt musim kedua.

erul kpop star hunt 2

Kpop Star Hunt 2 mengumpulkan peserta-peserta daripada seluruh Asia untuk bertarung sesama sendiri. Selain Malaysia, peserta-peserta hebat dari Filipina, Jepun, Singapura dan Thailand turut sama berentap. Mengkagumkan apabila Erul berjaya memasuki peringkat akhir sebagai Top 3.

erul kpop star hunt 2

Kalau dulu Erul sebut “Anyeonghaseyo pun tak betul, namun daripada video yang Abang Nara tonton, sebutan bahasa Korea Erul semakin maju. Yang membanggakan ialah apabila Erul berjaya merebut gelaran naib juara Kpop Star Hunt musim kedua. Tahniah diucapkan kepada Erul atas kejayaan ini.

Kepada Erul, semoga selepas ini bintang anda akan lebih bersinar. Jadikan pengalaman menyertai K-pop Star Hunt 2 sebagai pemangkin kejayaan anda di masa depan. Tahniah sekali lagi diucapkan.


Comments are closed.

Loading...