Wow. Kagum Abang Nara dibuatnya dengan prinsip Ziana Zain. Inilah contoh artis yang bermaruah dan berpendirian. Untuk anda yang tak tahu cerita, baru-baru ini Ziana Zain telah keluar semasa sesi fotografi untuk majalah Eh!. Disebabkan itu, Ziana Zain telah dicop tidak profesional. Sedikit info yang ditulis di dalam majalah EH! tentang kontroversi ini di bawah:-
[note]Apabila kita terlalu emosional kita akan hilang pertimbangan dan bertindak di luar profesionalisme. Masih banyak cara untuk mengatasinya. Soalnya Ziana tidak memberi ruang untuk warga kerja Eh! berbuat demikian. Ada bertanya, antara keempat-empat Diva ini, siapa yang lebih kertu, tetapi kami tidak anggap Ziana yang sudah 43 tahun itu kertu (kecuali dia meletakkan dirinya kertu). Justeru itu, kalau kita lihat majalah tidak pernah menuakan Ziana (kecuali Ziana sendiri). Ketika warga kerja Eh! mencari kedudukan yang sesuai untuk setiap seorang (ini penting kerana Ziana dan Ning berkulit gelap manakala Erra dan Fauziah cerah), tiba-tiba Ziana berlalu meninggalkan set sambil berkata “this is wrong”. Dia membuatkan warga kerja Eh! yang sedang mengatur kedudukan terpempan. [/note]
Rupa-rupanya ada cerita di sebalik kontroversi ini. Semuanya kerana pemilihan baju yang sepatutnya dipakai oleh Ziana Zain untuk sesi fotografi tersebut. Ini penerangan Ziana Zain.
[note]Hidup saya ada prinsip di mana ada yang boleh dan tidak boleh dalam kerjaya saya. Bagi saya, imej merupakan perkara yang utama. Saya mewakili peminat dari umur muda hingga tua, jadi saya kena peka dengan pakaian saya. Dari segi pakaian sangat penting kerana ia mencerminkan diri kita dan semestinya saya kena memilih pakaian yang sesuai dengan status saya sebagai seorang ibu. [/note]
Baju jenis apakah yang telah diberi kepada Kak Ziana? Rupa-rupanya… :-
[note]Pada sesi fotografi tersebut, mereka menyuruh saya menggayakan pakaian ‘bareback’ rekaan Dior di mana ia mendedahkan bahagian belakang saya. Bagi saya, pakaian itu sesuai dengan golongan remaja dan tidak kena dengan imej saya. Jangan kerana baju berjenama dan sesuai, saya kena pakai baju itu. Ini bukan Hollywood dan saya tak nak jadi mangsa fesyen[/note]
Selain Ziana Zain, Erra Fazira dan Ning Baizura juga turut mempertikaikan pilihan baju yang dibuat oleh majalah EH!
[note]Bukan saya saja berada di situ. Erra serta Ning juga ada dan mereka juga mengadu mengenai perkara yang sama. Bukannya pihak sana tidak menyediakan pilihan baju yang lain, tapi baju yang ada pun semua sama jenis. Mereka selalu ingat mereka urban dan nak bekerja macam Hollywood tapi sebenarnya mereka tak peka kerana bukan semua orang boleh terima perkara ini [/note]
Dan sesungguhnya Abang Nara sangat terharu dengan ayat di bawah dari Kak Ziana.
[note]Saya idola kepada masyarakat, jadi saya kena jaga pemakaian saya. Saya rasa sungguh tidak berpuas hati. Pertama kali dalan seumur hidup, saya tak pernah buat kerja bodoh ini kerana saya hormat semua orang. Saya tak nak imej yang saya bina selama ini jatuh macam itu saja. Hidup saya memang ada prinsip. Saya betul-betul kecewa tapi tidak marah. Cuma saya agak terkilan. Gelaran diva yang orang beri kepada saya merupakan tanggungjawab besar yang perlu digalas. Selama 20 tahun, tak pernah saya kena macam ini. Isu ini paling menguji kesabaran saya. Dunia ini kecil, jadi saya tak nak sengketa ini berpanjangan. [/note]
Sesungguhnya di mata Abang Nara, inilah diva yang benar-benar mempunyai maruah dan harga diri. Tahniah Kak Ziana Zain.