Setelah membanggakan negara dengan mengutip pingat perak di Olimpik 2012, Datuk Lee Chong Wei kini bakal bergelar suami kepada Wong Mew Choo. Tarikh perkahwinan beliau masih belum diketahui namun persediaan untuk hari istimewa ini sedang giat dijalankan.
Untuk makluman, Datuk Lee Chong Wei telah pun menarik diri daripada pertandingan Terbuka Perancis. Daripada ura-ura yang didengar, penarikan ini adalah kerana tarikh perkahwinan beliau yang terlalu hampir dengan pertandingan tersebut. Perkahwinan di tepi pantai ini bakal dilangsungkan di Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa di Sepang GoldCoast.
Jutaan tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo atas berita gembira ini. Semua rakyat Malaysia berbangga dan mengharapkan agar perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Jif sie
November 4, 2012 at 7:31 pm
Tahniah Dato LCW dan WMC semoga berkekalan ……dr Sandakan,Sabah
elajb
October 12, 2012 at 1:26 pm
taniah dato LCW.. tak saba nak tengok pic kahwin dorg.
mr. kotak
October 11, 2012 at 2:15 pm
dua-dua hebat maen badminton..nnti aq dtg bagi raket..haha(klu djemput la)