Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

(TAHNIAH)Azwan Ali Mintak Maaf Kat 3 Wartawan Utusan

azwan ali

Tahniah beribu-beribu tahniah kepada Azwan Ali. Nampak gayannya memang abang Azwan kita cuba untuk berubah jadi lebih baik. Langkah terbaru yang diambik oleh dia untuk meminta maaf kat 3 wartawan Utusan memang satu langkah yang bagus di mata kami. Buat apa gaduh lama-lama kan? Amik yang jernih buang yang keruh. Barulah hidup pun boleh senang.

Advertisement

Nampaknya selepas pergi umrah hari tue, abang Azwan kita cuba nak berbaik semula dengan semua orang. Mungkin dah insaf kutuk-kutuk orang lain. Nampaknya memang dah diberikan hidayah. Terharu betul kitorang. 3 wartawan tue tak lain tak bukan wartawan hiburan Utusan iaitu Ku Seman Ku Hussain, Niezam Abdullah dan Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Kalau nak baca berita sepenuhnya yang keluar kat Utusan, sila baca artikel ini selengkapnya.

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Pengacara sensasi, Azwan Ali hari ini memohon untuk berdamai dengan Utusan Melayu (M) Berhad termasuk tiga wartawan syarikat akhbar itu berkuat kuasa serta merta.

Advertisement

Azwan menerusi surat permohonan maaf yang dikirim melalui Tetuan Sidek Teoh Wong & Dennis juga memohon agar pertikaian dan salah faham yang berlaku melibatkan wartawan hiburan Ku Seman Ku Hussain, Niezam Abdullah dan Tengku Khalidah Tengku Bidin dapat diselesaikan.

Dalam surat itu Azwan memohon untuk menjalinkan hubungan baik dengan tiga wartawan berkenaan dan melupakan segala sengketa yang pernah terjadi sebelum ini.

“Azwan Ali memohon maaf dan percaya tindakan ini akan dapat menjernihkan keadaan dan mengukuhkan silaturahim dengan semua pihak,” katanya.

Sebelum ini Azwan menghantar notis amaran bertarikh 7 November 2007 tidak membenarkan Utusan Melayu (M) Berhad dan tiga wartawan tersebut untuk menulis berita mengenainya.

Ia berikutan rasa tidak puas hati Azwan terhadap beberapa kritikan yang ditulis oleh wartawan terlibat.

Berikutan permintaan Azwan tersebut, Utusan Melayu (M) Berhad membuat keputusan untuk tidak memberikan sebarang publisiti terhadap beliau.

Krisis melibatkan pengacara itu dengan wartawan berkenaan bertambah parah apabila beliau menyindir mereka melalui beberapa program hiburan televisyen dan juga blognya.

Masalah yang berlaku itu mendapat reaksi Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (Wham) yang turut melarang media masa di negara ini memberi publisiti terhadap beliau.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top