Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH)Azrinaz Mazhar Hamil 6 Bulan

Jutaan tahniah diucapkan kepada bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Selebriti jelita ini mengesahkan yang kandungannya kini telah mencecah usia 6 bulan. Ini adalah kehamilan ketiga dan  yang pertama menerusi perkahwinan keduanya dengan Fairos Khan Abdul Hamid. Untuk makluman, mereka berdua telah mendirikan rumahtangga pada 11 Mei 2018.

azrinazAzrinaz juga turut memaklumkan yang dia berjaya hamil tanpa menggunakan bantuan teknologi moden. Kata Azrinaz:-

Advertisement

Di kesempatan ini, saya ingin kongsikan berita yang selama ini belum kami kongsikan secara umum. Setinggi-tinggi syukur saya sudah melepasi peringkat kedua kehamilan. Berkat doa ibu bapa, sahabat handai serta kalian yang amat saya kasihi. Allah memberikan saya peluang sekali lagi untuk mempunyai zuriat buat kali ketiga.

Alhamdulillah, bayi ini terhasil tanpa bantuan teknologi moden. Namun saya akui, untuk berbadan dua pada usia yang bukan lagi remaja, tidaklah semudah 11 tahun lalu. Diharapkan semoga kandungan yang berusia enam bulan ini akan terus dititipkan dalam setiap doa kalian supaya bayi ini dilahirkan sempurna, cukup sifat, sihat dan secara normal tanpa sebarang komplikasi.

azrinaz

Pastinya Azrinaz dan suami amat teruja dengan berita ini. Sama-sama kita doakan agar kesemuanya berjalan lancar dan semoga bayi yang dilahirkan bakal menyerikan lagi kehidupan mereka berdua. Tahniah sekali lagi!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

15 Comments

  1. mia

    June 11, 2019 at 10:29 am

    bertuahnya hidup die ni..sungguh aku cemburu..kerana aku x punya itu semua..huhu

  2. kelantit

    June 11, 2019 at 8:55 am

    berita penting ke ni?

    • Anonymous

      June 11, 2019 at 10:53 am

      entah la, hamil masa 11 tahun dulu mmg la x sama dgn skrg kan, cer kabar umur berapa skrg….segan ke.., perkara bisalah hamil usia 40an., lainlah 60an…

  3. Pengedar Shaklee

    June 11, 2019 at 4:39 am

    Tahniah CP Azrinaz, alhamdulillah

  4. Elliza Razak

    June 10, 2019 at 7:31 pm

    TAHNIAH BUAT BEKAS PERSONALITI TV3 INI!! AZURA ABDUL KARIM MERUPAKAN ANTARA BEKAS PERSONALITI TV3 YANG TERAWAL MENGENAKAN HIJAB DI ERA 1990-AN.

  5. Anonymous

    June 10, 2019 at 3:26 pm

    Tapi dia masih sempat kejar ayam pakai high heel sebelum bagitau dia mengandung dah 6 bln. Memang betul2 fit dia ni..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama