Alhamdulillah. Setelah sekian lama solo, akhirnya Angah Raja Lawak telah pun bertunang pada hujung minggu lalu. Berita gembira ini telah dikongsikan oleh pelawak ini sendiri menerusi akaun Instagramnya. Si gadis yang berjaya mencuri hati Angah hanya dikenali dengan nama Wawa. Comel, putih dan malu-malu kucing orangnya. Tahniah Angah dan Wawa.
Kalau tak silap, Angah telah pun mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu. Angah telah berkongsi gambar anaknya bersama tunang. Dah besar dah anak Angah rupanya. Kata Angah menerusi Instagramnya:-
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Doakanlah semoga dipermudahkan segala urusan kami yang mendatang. Terima kasih juga kepada semua yang menghadiri majlis pertunangan kami. Saya sayang kamu semua
Semoga perancangan perkahwinan Angah dan Wawa berjalan lancar. Sama-samalah kita doakan. Tahniah sekali lagi. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P.S: Aksi comel Tun Mahathir dan isteri di Art in Paradise Langkawi