(TAHNIAH)Angah Raja Lawak & Amira Asyura Kini Sah Suami Isteri

Hiburan

(TAHNIAH)Angah Raja Lawak & Amira Asyura Kini Sah Suami Isteri

Dengan sekali lafaz pelawak, pelakon dan pengacara Angah Raja Lawak, 38, sah bergelar suami kepada gadis pilihannya Amira Asyura Abd Razak, 20. Jutaan tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Majlis pernikahan telah berlangsung kira-kira jam 10.10 pagi tadi di Melaka Perdana Resort Homes, Ayer Keroh. Pasangan itu dinikahkan oleh Imam 1, Masjid Ar-Rahman Kampung Tun Razak, Mohamad Suhaimi Kassim dan berwalikan datuk Amira, Adruss Omar.
angah raja lawak

Angah Raja Lawak telah memberikan wang hantaran RM15,000 dan mas kahwin berupa seutas rantai emas dan sebentuk loket berlian, Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim, turut membawa enam dulang hantaran dan di balas tujuh daripada pihak pengantin perempuan. Majlis resepsi kedua mempelai itu akan berlangsung esok di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka. Selamat pengantin baru diucapkan buat Angah dan Amira. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...