(TAHNIAH)Ana Raffali Kini Sah Menjadi Isteri Kepada Ahmad Aznaim

Hiburan

(TAHNIAH)Ana Raffali Kini Sah Menjadi Isteri Kepada Ahmad Aznaim

Hampir terlupa Abang Nara yang hari ini merupakan hari istimewa kepada penyanyi popular Ana Raffali. Dan kira-kira jam 11.50 pagi tadi, Ana Raffali telah sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim dengan sekali lafaz sahaja. Majlis pernikahan telah dilakukan di Masjid Al-Hidayah, Gombak dan akad nikah dilakukan oleh ayah Ana Rafali sendiri.

gambar nikah ana rafali

Advertisement

Ana Raffali kelihatan sangat cantik dan manis di dalam baju pernikahan serba kelabu. Wang hantaran yang diterima oleh Ana Raffali ialah sebanyak RM11,412. Pihak lelaki menghantar 7 dulang dan dibalas dengan 9 dulang oleh pihak wanita.

Majlis resepsi perkahwinan Ana Rafali dan Ahmad Aznaim akan berlangsung hari ini jugak. Apa pun Abang Nara ucapkan jutaan tahniah kepada pengantin baru ini. Semoga hubungan anda berdua akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Nanti Abang Nara update lagi gambar majlis pernikahan dan majlis persandingan Ana Rafali dan Ahmad Aznaim untuk tatapan anda. Kredit gambar di atas kepada Twiter Takie Kamil.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

51 Comments

  1. Pingback: GAMBAR GUBAHAN HANTARAN ANA RAFFALI DAN AZNAIM | syaisya.com

  2. Pingback: (TAHNIAH)Ana Raffali Kini Sah Menjadi Isteri Kepada Ahmad Aznaim | HatiBlogger [dot] Com

  3. ellie

    February 25, 2012 at 11:42 pm

    yg ni baru la betul2 nampak berseri2..pakaian pun lebih elok.. Itulah hikmahnya bersederhana dan menutup aurat.. Alhamdulillah..sejuk mata memandang Ana dah bertudung…harap kekalkan.. :)

  4. orkid purple

    February 25, 2012 at 9:26 pm

    Cantiknyee ana….seb baik i dh kawin..klo x mesti i dh tiru design baju dia..awesome giler!!

  5. masyakarat

    February 25, 2012 at 8:37 pm

    ini pun xbetul jugak..aurat wanita bkn sekadar rambut dan leher shj ye tuan2 & puan2..bahagian dada tu pun wajib ditutup.tapayah la masing2 nk berdebat artis mana yg pndai tutup aurat..bgi aku artis yg hampir sempurna menutup aurat ialah oki setiana dewi, salah satu cth antara beribu.peace!

Loading...