February 25th, 2012

Hampir terlupa Abang Nara yang hari ini merupakan hari istimewa kepada penyanyi popular Ana Raffali. Dan kira-kira jam 11.50 pagi tadi, Ana Raffali telah sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim dengan sekali lafaz sahaja. Majlis pernikahan telah dilakukan di Masjid Al-Hidayah, Gombak dan akad nikah dilakukan oleh ayah Ana Rafali sendiri.

gambar nikah ana rafali

Ana Raffali kelihatan sangat cantik dan manis di dalam baju pernikahan serba kelabu. Wang hantaran yang diterima oleh Ana Raffali ialah sebanyak RM11,412. Pihak lelaki menghantar 7 dulang dan dibalas dengan 9 dulang oleh pihak wanita.

Majlis resepsi perkahwinan Ana Rafali dan Ahmad Aznaim akan berlangsung hari ini jugak. Apa pun Abang Nara ucapkan jutaan tahniah kepada pengantin baru ini. Semoga hubungan anda berdua akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Nanti Abang Nara update lagi gambar majlis pernikahan dan majlis persandingan Ana Rafali dan Ahmad Aznaim untuk tatapan anda. Kredit gambar di atas kepada Twiter Takie Kamil.


51 responses to “(TAHNIAH)Ana Raffali Kini Sah Menjadi Isteri Kepada Ahmad Aznaim”

  1. cik n says:

    dulu tk minat ngan ana rafali…now, bila dh bertudung jd minat plak kt ana…tahniah ana rafali…

  2. hehehe says:

    selamat pengantin baru ana rafali..serious ana nampak lbh sweet,comel,santun n berseri2 di hari perkahwinan nie…semoga berbahagia ke akhirat…

Loading...