Rasanya macam jarang dibuat orang, tapi Aida Aris akan bernikah Sabtu ini di bulan Ramadhan. Agak pelik jugak tapi kalau perkara baik buat apa nak ditangguhkan. Mungkin Aida Aris ingin berhari raya dengan status seorang isteri. Kalau nikah lambat nanti tak dapat bermaaf-maafan dengan suami tercinta di pagi hari raya. Oh ya, untuk yang tak tahu, Aida Aris adalah seorang janda manakala suaminya adalah seorang duda anak dua.
Bila ditanya kenapa nampak macam tergesa-gesa ajer nak berkahwin, inilah jawapan Aida Aris:-
[note]Kami hanya mendapat kebenaran untuk berkahwin baru-baru ini dan terus mengadakan majlis nikah pada bulan yang mulia ini. Kami juga tidak merancang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan seperti bersanding selepas ini kerana lebih mementingkan majlis akad nikah dahulu. [/note]
Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Aida Aris atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia.