Jutaan tahniah diucapkan kepada Abby Fana yang kini sudah bertudung. Penampilan pertamanya di dalam MHI selepas pulang daripada menunaikan haji sangat-sangat kemas, cantik dan menutup aurat. Tahniah sekali lagi kepada Hajah Abby Fana.
Nampak manis kan? Nampaknya makin hari makin ramai artis kita yang berhijrah dan ini merupakan satu petanda yang sangat baik. Oh ye, kalau anda rajin, bacalah entri ini sepenuhnya untuk membaca tulisan yang dikeluarkan oleh Wardina apabila Wardina melihat Abby Fana bertudung.
Mungkin saya antara salah satu orang yang paling gembira dengan perubahan ketara secara fizikal ini oleh Kak Abby Fana yang amat saya kasihi. Kenapa? Kerana Kak Abby dari mula saya kenali adalah wanita yang cukup baik, a VERY…VERY nice person indeed…Kak Abby seorang ibu tunggal yang amat tabah… seawal kami di studio kerana bersiaran jam 5 pagi..Kak Abby adalah antara orang yang tidak pernah meninggalkan solat subuhnya….maka terdetik dalam hati kecil saya…saya yakin Kak Abby satu hari nanti akan berhijab… Secara senyap saya sering mendoakannya…. Dan percayalah antara doa yang makbul adalah doa rakan-rakan, tatkala mereka tidak tahu kita mendoakannya…
SMS KAk Abby pada saya : TQ dear for your compliment..I ‘change’ for Him, The Al Mighty.
Bergenang air mata saya. Hajjah Abby Fana..sekembali dari Mekkah, keberkatan dan hidayah Allah mengiringinya. Indahnya!
Kenapa perlu KECOH orang bertudung ada yang bertanya? Teringat sewaktu menghadiri satu preview documentary mengenai Hijab tempoh hari…ada pihak yang kurang senang apabila publisiti diberikan pada wanita-wanita berhijab! Katanya di Malaysia ini, wanita behijab diberi publisiti meluas dan dipuji-dipuji. Mereka lah yang baik, yang digemari dan sebagainya! Ada yang tidak puas hati nampaknya…
Jawab saya… Tahukah anda perkara ini BARU berlaku.. tidak lama dulu nak jadi cover majalah? Jangan harap! Nak baca berita? Buka tudung dulu! Pengacara? Hmmpphh tak pernah dengar pun! Malah waktu saya mula berhijab dulu ada cover majalah yang memotong gambar saya (setelah selesai photoshoot) kerana mengatakan bahawa pihak editor mereka tidak mahu wanita berhijab sebagai peghias kulit muka depan.Siapa yang didiskriminasi sebenarnya?
Jadi sudah pasti apaila senario sekarang yang sudah berubah…pastilah wanita berhijab gembira dengan peluang yang diberikan media ini! Kerana kayu ukur kecantikan BUKAN lagi Hollywood…Kerana bakat tidak lagi diukur dengan pendeknya skirt anda..
Jawab saya…memang wanita yang berhijab memberikan satu ‘statement’ pada semua bahawa “saya sedang berusaha menjadi lebih baik, dan ingin saya zahirkan perubahan ni dengan pakaian saya” Memang! Tak perlu dipersoalkan..wanita yang berhijab, yang baru memakai hijab terutamanya adalah mereka yang sedang ‘berubah’… they want to become better..a better person, a better Muslimah… very clear…. namun dalam masa yang sama, tidak pula harus didiskriminasi mereka yang tidak memakainya…that has to be clear too. Ianya pilihan individu..hormatilah mereka yang berhijab dan doakanlah mereka yang belum akan nampak kecantikan dan ‘nilai’ sebenar hijab yang sebenarnya mengangkat martabat seorang wanita. Bukankan semua yang’ indah’ dan ‘mahal’ di dalam dunia ini ditutup dan dipelihara? Seperti emas dan intan permata. Seperti mutiara di dalam lautan.
Jawab saya…Wanita yang tidak bertudung? Sudah CUKUP publisiti diberikan pada mereka..lihat sahaja longgokkan majalah, berita dan pendedahan di media mengenai wanita yang tidak berhijab dan sexy! Mereka dijulang, dipuji, diberi ruang dan perhatian setiap ketika.. mereka juga sangat popular! Malah bukan media Malaysia sahaja yang membantu mereka, tapi iannya fenomena diseluruh dunia! They DONT NEED HELP anymore… Jadi apabila dipebesarkan mereka yang berhijab… berikanlah ruang yang sewajarnya…. kenapalah perlu ‘sakit hati’….
Dugaan orang yang ingin berubah adalah apabila kita dilempar ejekan oleh orang lain, yang mengungkit kisah silam dan meremahkan perubahan kita seperti “tak lama tu”. Anggaplah ianya cuma dugaan kecil sahaja yang diberi Allah kepada kita.
Saya yakin orang yang bersolat, yang konsisten dalam solatnya akan diberi hidayah oleh Allah untuk membuat pilihan yang baik. Alhamdulillah Hajjah Habsah…Kak Abby… I am very happy for you! May Allah bless you!