(TAHNIAH)A. Rahman Hassan & Fadhilah Mansor Nikah 25 Disember Ini Di PWTC

Hiburan

(TAHNIAH)A. Rahman Hassan & Fadhilah Mansor Nikah 25 Disember Ini Di PWTC

Akhirnya tarikh bersejarah buat Datuk A. Rahman Hassan, 67, dan Fadhilah Mansor, 54 untuk bergelar suami isteri telah pun diumumkan. Mereka berdua sepakat untuk bernikah pada 25 Disember ini di  Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Majlis akad nikah bakal berlangsung pada jam 8.30 malam dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

a rahman fadhilah

Advertisement

Datuk A. Rahman Hassan telah memohon maaf terlebih dahulu kepada rakan-rakan dan keluarga jauh yang tidak mendapat jemputan ke majlis perkahwinannya. Kata beliau:-

Alhamdulillah, saya bakal bergelar suami lagi namun, saya bukannya orang muda. Tidak perlulah buat majlis secara besar-besaran, jadi dewan yang ditempah kecil sahaja hanya boleh memuatkan sekitar 400 orang tetamu sahaja. Saya minta maaf kepada rakan-rakan dan keluarga jauh yang tidak dijemput. Majlis perkahwinan saya cukup sederhana. Bagi saya apa yang penting majlis akad nikah berjalan lancar.

a rahman fadhilah
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum 25 Disember. Sama-samalah kita doakan agar majlis pernikahan Datuk A. Rahman Hassan dan Fadhilah Mansor akan berjalan dengan lancar. Semoga hubungan yang bakal terjalin kekal hingga akhir hayat. Amin. Sumber Kosmo.

P.S: 2015 Hyundai Sonata Hybrid di Seoul

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...