March 10th, 2015

Bermula daripada Hanis Zalikha kemudian Rozita Che Wan kini seorang lagi artis iaitu Zulin Aziz telah megambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.

Sering memuat naik foto beliau memakai tudung, kesahihan berita ini jelas benar apabila Zulin turut  menulis kapsyen mahu membuka lembaran baru dan meminta peminat untuk mendoakannya.

Buka buku baru.semoga lebih baik dr yg sebelumnya.doakan saya ya.

Terbaru, Zulin juga telah mengesahkan dirinya sudah berhijab sepenuhnya menerusi portal Media Hiburan. Jelas pengacara tersebut, ia bukanlan paksaan daripada sesiapa tetapi lahir daripada kerelaan hatinya sendiri yang mahu memenuhi tuntutan agama.

Betul saya kini telah berhijab. Tidak ada sebab tertentu cuma ia atas kesedaran diri sendiri. Lagi pula apabila sudah berhijab pada saya ia bukan halangan untuk meneruskan kerjaya seni. Tinggal lagi cara kita untuk menjaga perilaku diri.

Dalam masa yang sama, perubahan saya ini juga bukan atas kehendak orang lain atau trend semasa tetapi ia lebih kepada tuntutan agama.

Alhamdullilah, awal tahun 2015 ini kita boleh lihat beberapa selebriti memulakan langkah untuk memperbaiki diri. Semoga sentiasa diberkati dan dikuatkan hati untuk mengharungi hidup penuh kebaikan.

Sumber Berita: Media Hiburan

 

 


Comments are closed.

Loading...