Sekali lagi Abang Nara agak terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Zizie Ezette yang kini bergelar Datin. Untuk makluman, gelaran Datin hanya boleh diguna pakai oleh isteri pertama. Ini bermakna, suami Zizie Ezette iaitu Bung Mokhtar telah pun menceraikan isteri pertamanya, Nor Asidah Alimuddin.
Menurut Berita Minggu minggu lepas, penceraian itu dikatakan berpunca sikap Bung dan Zizie yang melanggar perjanjian dulu.
Khabarnya dulu, Bung dan Zizie berjanji pada Nor Asidah tidak akan meuwar-uwarkan berita perkahwinan mereka. Bekas isteri minta mereka kahwin senyap-senyap supaya tidak menimbulkan persoalan. Tapi, malangnya berita perkahwinan Bung dan Zizie dapat dihidu wartawan dan menjadi berita besar. Kebanyakan akhbar meletakan cerita perkahwinan mereka di muka depan. Jadi Bung dan Zizie dianggap melanggar janji
Gelaran datin Zizie Ezette nampak kena dengan Zizie. Tahniah diucapkan.