(TAHNIAH) Zehra Zambri Kini Bergelar Isteri Kepada Seorang Duda

Hiburan

(TAHNIAH) Zehra Zambri Kini Bergelar Isteri Kepada Seorang Duda

Penyanyi dan juga pembaca berita, Zehra Zambri,34, dilaporkan telah selamat bergelar isteri kali kedua setelah dia melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan, semalam.

Zehra yang ditemui Harian Metro ini memaklumkan bahawa ia adalah perkahwinan kali kedua bagi mereka di mana suaminya juga berstatus duda kepada dua orang anak.

Advertisement
Zehra ZambriSumber : Kosmo  

Bermula sebagai rakan sekerja ketika bertugas di RTM, Zehra memaklumkan suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin,38, berasal dari Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Cerita penyanyi lagu Satukan Jiwa ini, hubungan antara dia dan suami penuh ranjau dan dugaan sebelum mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Hubungan kami banyak juga diduga kerana maklumlah satu tempat kerja. Masing-masing ada peminat rahsia. Kami mula berkawan sejak awal tahun lalu, namun bergaduh pada Mac kerana gangguan dari orang sekeliling kami. Alhamdulillah, awal tahun ini suami berusaha untuk tawan hati saya semula. Jodoh kami kuat.

Dalam pada itu, mereka berdua merancang untuk berbulan madu di Langkawi dan mengharapkan agar perkahwinan kali kedua yang dibina ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Advertisement

 

Sekadar info, Zehra pernah bernikah dengan bekas suami, Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017 namun hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...