January 29th, 2014

Secara jujur, Abang Nara tak sempat melihat satu episod pun rancangan MasterChef Malaysia All Stars. Sedar tak sedar, dah ada pemenang dah pun rupanya. Jutaan tahniah diucapkan kepada Zamir yang telah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan Celina Khor di dalam episod akhir rancangan ini yang telah ditayangkan semalam.
zamir juara masterchef allstars

Bertemakan “Pembalasan Terakhir”, dengan kemenangan ini Zamir melayakkan dirinya untuk menyumbang wang sumbangan sebanyak RM55,000 kepada badan kebajikan Rumah Teduhan Kasih. Menariknya walaupun episod akhir turut dirakamkan terlebih dahulu, keputusan hanya diketahui semalam kerana kedua-dua peserta telah membuat rakaman “kononnya” mereka bergelar juara. Kata Zamir menerusi portal Murai:-

Sebenarnya Zamir terkejut apabila diumumkan sebagai juara pada malam ini kerana semasa penggambaran dijalankan, saya dan Celina masing-masing telah menjalani proses rakaman yang sama.

Rakaman pertama, Celina dinobat sebagai juara, dan yang keduanya saya pula. Inilah keunikan MCMAS kerana kami langsung tidak diberitahu tentang keputusan yang telah dibuat juri

zamir juara masterchef allstars

Zamir sebelum ini turut menyertai Masterchef Malaysia musim pertama namun sekadar berjaya menempatkan dirinya di kelompok 4 terbaik. Jutaan tahniah diucapkan kepada Zamir atas kejayaan ini. Semoga kemenangan ini menjadi pemangkin kepada Zamir untuk mencapai cita-citanya. Tahniah Zamir!!!


Comments are closed.

Loading...